My baby...

My baby...

Wednesday, 17 February 2016

Entah Apa-Apa

Salam..entah apa - apa yang aku fikirkan masa ni.  Aku sendiripun tak tau.  Ada masanya sangat-sangat sayu dan sedih memikirkan perjalanan hidup yang tidak seperti yang diharapkan (Astaghfirullah).  Sebenarnya aku rindukan famili aku dekat sarawak.  Rindu dekat mak and bapak aku and adik beradik aku.  Sekarang ni aku terfikirkan kenangan kitaorang sewaktu kecik-kecik dulu.  Terfikirkan betapa sukarnya kehidupan aku sebagai seorang murid di sekolah rendah dulu.  AKu selalu bercerita pada abang farel (sebab fareeq kecik lagi) kesusahan yang aku alami dulu semasa aku bersekolah rendah dan naik sekolah menengah sekalipun.  Nak beli barang-barang sekolah yang baru (etc beg or stationeris) sekalipun memang susah.  BIla naik sekolah menengah pun macam tu jugak.  Nak beli buku-buku rujukan memang aku akan berfikir 100x samada nak bagitau mak aku ke tak aku nak beli buku.  Bukannya apa sebab aku faham kesusahan mak bapak aku dulu yelah mak aku kan ke surirumah bapak aku je yang bekerja sebagai pemandu jentera berat masa tu.  Tapi takpelah itu semua pengalaman yang pernah aku dan adik beradik aku lalui untuk membentuk kami pada masa kini.  Alhamdulillah walaupun tidak semewah mana tapi cukuplah untuk meneruskan kehidupan di dunia ni.  

Bila terpandangkan wajah-wajah kekasih ni terus cair rasa hati..

Hehe Lawak Ke tak ni
Ni pun pelawak jugak ni 

No comments:

Post a Comment