Salam...cuti sekolah yang lepas sempat jugaklah balik ke Penang. Balik dalam 4 hari macam tu sebabnya ayah budak-budak tu ajak balik pagi-pagi ahad tu. Kitaorang bertolak dalam pukul 5 .00 pagi macam tu sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 10.00 sebab sepupu hafiz nak tumpang so hantar lah dulu ke KL Central. Bila dah sampai rumah tu apa lagi teruslah makan makanan yang dibekal kan oleh mak Hafiz. So aktiviti seterusnya adalah tidur huhuhu.
Bila balik Penang aritu aku teringin lah nak pergi ke 3D Art Trick Museum yang orang ramai gembar gemburkan tu. Macam menarik je so aku ajk lah hafiz pergi then ajaklah mak ngan ayahnya sekali. Bagi pendapat aku lah takde lah happening sangat nye muzium ni cuma memang bagi yang meminati fotografi ni memang sesuai la tempat-tempat macam ni untu dikunjungi. Sebabnya kita boleh amik gambar seakan-akan kita berada benar-benar dalam situasi tu. Contohnya gambar di bawah ni;
![]() |
Background belakang sebenar nya adalah suasana kat kampung |
![]() |
Macam pegang panda yang betul |
![]() |
Kalu betul cara ambik gambar seakan-akan anak aku sedang terbang waktu ni hehe |
Ada banyak lagi gambar sebenarnya ada kat hafiz tapi aku malas nak amik huhu. Lepas gi sini kitaorang pun singgah ke Muzium Perang pulak. Pasal sejarah ni memang aku berminat gilak. Muzium perang ni memang aku lama dah teringin nak pergi tapi xde kesempatan. So alang-alang mood pun tengah baik dan ada peluang apa tunggu lagi. Sebenarnya waktu kitaorang sampai ni pun dah hampir lewat petang dah nak pukul 5.30 ptg dah.
Aku rasa aku kena datang balik ke sini nanti sebab ada banyak lagi tempat yang aku tak explore kat muzium ni maklumlah datang dengan budak-budak kan. Bukannya aku boleh explore sangat pun.
No comments:
Post a Comment