My baby...

My baby...

Wednesday, 17 February 2016

Cuti Sekolah di Penang

Salam...cuti sekolah yang lepas sempat jugaklah balik ke Penang.  Balik dalam 4 hari macam tu sebabnya ayah budak-budak tu ajak balik pagi-pagi ahad tu.  Kitaorang bertolak dalam pukul 5 .00 pagi macam tu sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 10.00 sebab sepupu hafiz nak tumpang so hantar lah dulu ke KL Central.  Bila dah sampai rumah tu apa lagi teruslah makan makanan yang dibekal kan oleh mak Hafiz.  So aktiviti seterusnya adalah tidur huhuhu.

Bila balik Penang aritu aku teringin lah nak pergi ke 3D Art Trick Museum yang orang ramai gembar gemburkan tu.  Macam menarik je so aku ajk lah hafiz pergi then ajaklah mak ngan ayahnya sekali.  Bagi pendapat aku lah takde lah happening sangat nye muzium ni cuma memang bagi yang meminati fotografi ni memang sesuai la tempat-tempat macam ni untu dikunjungi.  Sebabnya kita boleh amik gambar seakan-akan kita berada benar-benar dalam situasi tu. Contohnya gambar di bawah ni;

Background belakang sebenar nya adalah suasana kat kampung

Macam pegang panda yang betul

Kalu betul cara ambik gambar seakan-akan anak aku sedang terbang waktu ni hehe

Ada banyak lagi gambar sebenarnya ada kat hafiz tapi aku malas nak amik huhu.  Lepas gi sini kitaorang pun singgah ke Muzium Perang pulak.  Pasal sejarah ni memang aku berminat gilak.  Muzium perang ni memang aku lama dah teringin nak pergi tapi xde kesempatan.  So alang-alang mood pun tengah baik dan ada peluang apa tunggu lagi.  Sebenarnya waktu kitaorang sampai ni pun dah hampir lewat petang dah nak pukul 5.30 ptg dah.  

Ini tempat menyimpan senjata 





Aku rasa aku kena datang balik ke sini nanti sebab ada banyak lagi tempat yang aku tak explore kat muzium ni maklumlah datang dengan budak-budak kan.  Bukannya aku boleh explore sangat pun.

Entah Apa-Apa

Salam..entah apa - apa yang aku fikirkan masa ni.  Aku sendiripun tak tau.  Ada masanya sangat-sangat sayu dan sedih memikirkan perjalanan hidup yang tidak seperti yang diharapkan (Astaghfirullah).  Sebenarnya aku rindukan famili aku dekat sarawak.  Rindu dekat mak and bapak aku and adik beradik aku.  Sekarang ni aku terfikirkan kenangan kitaorang sewaktu kecik-kecik dulu.  Terfikirkan betapa sukarnya kehidupan aku sebagai seorang murid di sekolah rendah dulu.  AKu selalu bercerita pada abang farel (sebab fareeq kecik lagi) kesusahan yang aku alami dulu semasa aku bersekolah rendah dan naik sekolah menengah sekalipun.  Nak beli barang-barang sekolah yang baru (etc beg or stationeris) sekalipun memang susah.  BIla naik sekolah menengah pun macam tu jugak.  Nak beli buku-buku rujukan memang aku akan berfikir 100x samada nak bagitau mak aku ke tak aku nak beli buku.  Bukannya apa sebab aku faham kesusahan mak bapak aku dulu yelah mak aku kan ke surirumah bapak aku je yang bekerja sebagai pemandu jentera berat masa tu.  Tapi takpelah itu semua pengalaman yang pernah aku dan adik beradik aku lalui untuk membentuk kami pada masa kini.  Alhamdulillah walaupun tidak semewah mana tapi cukuplah untuk meneruskan kehidupan di dunia ni.  

Bila terpandangkan wajah-wajah kekasih ni terus cair rasa hati..

Hehe Lawak Ke tak ni
Ni pun pelawak jugak ni 

Friday, 5 February 2016

CONGRATULATIONS PART 2

Salam...tahniah sekali sayang. Ni acara penyampaian hadiah sebelah petang kat sekolah agama pulak.  Alhamdulillah abang dapat no. satu dengan peratusan tertinggi keseluruhan tahun 1 sebanyak 98.2 peratus.  Syukur alhamdulillah ...Allah bagi rezeki dekat anak aku Muhammad Farel Muqtadir.  Dalam kelas 1 Amanah abang dapat no. satu dan keseluruhan tahun satu abang dapat no. satu jugak.  So petang tu dapat 2 anugerah.  Syukur sekali lagi Ya Allah.  Aku tak dapat gambarkan perasaan aku ni air mata ni asyik bergenang kegembiraan memang aku tak sangka abang akan cemerlang macam ni kat sekolah agama. Apa-apapun rezeki Allah bagi pada anak aku syukur sangat-sangat.


Ni lah report kad sekolah agama rakyat Al Furqan.


Surat jemputan


Beratur nak terima anugerah
















Thursday, 4 February 2016

CONGRATULATIONS SAYANG..


ALHAMDULILLAH..abang dapat nombor satu kat sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama (KAFA).  Sykuru sangat2 kiranya berbaloi jugaklah belajar siang dan malam masa final exam aritu.  Salah satu sebabnya aku risau dengan cuti yang berterusan bagi sekolah-sekolah di selangor ni(jerebu) dan juga penangguhan tarik exam walaupun jadual exam sudah pun diedarkan.  Nasib baiklah sekolah agama exam di kemudiankan boleh lah concentrate study untuk exam sekolah kebangsaan.

Memang akui aku agak berkeras mengajar abang begitu mudah tangan aku ini menjentik telinga dan juga sampai ke badan abang apabila aku mengajar pastu abang macam tak faham apa yang aku ajar mula lah tangan aku macam nak terbang je kat badan abang tu.  kesudahannya aku terlalu menyesal dengan apa yang aku lakukan walaupun sekadar memarahi abang dengan teruknya.



Hari Anugerah sekolah abang dibuat pada 18 November yang lepas.  Sebelah petang plak hari anugerah sekolah agama so apa lagi aku amik cuti la sehari tu..Apapun tahniah sayang ibu semoga sentiasa diberi kejayaan oleh Allah dalam apa saja yang sayang lakukan . Amiin.




Inilah YDP SKBBS 2 yang sampaikan anugerah untuk Hari Anugerah tahun 2015.  



Tahniah anakanda berdua.  Dapat 3 anugerah mata pelajaran terbaik .

My very handsome boy.  Abang adalah pelaja pertama yang terima hadiah. ALhamdulillah abang dpat 3 anugerah matapelajaran cemerlang.  Walaupun aku diberitahu oleh cikgu nurul abang boleh dapat lebih daripada 3 anugera sebab polisi sekolah menetapkan hanya 3 anugerah untuk seorang pelajar. Anyway abang juga dipilih oleh cikgu nurul untuk menerima anugerah pelajar paling kemas bagi 
keseluruhan tahun 1.  Syukur tidak terhingga dengan rezeki yang Engkau berikan ini ya Allah.


Ini adalah anugerah pelajar paling kemas keseluruhan tahun 1 yang abang dapat.  Alhamdulillah.




Ini adalah anugerah pelajar paling kemas yang abang dapat hari sebelum penyampaian anugerah cemerlang.  (Pinjam anak kawan punya)Tapi yang sedihnya piala abang sudahpun dicuti pada hari yang sama.  Kesian anak ibu ingat nak tunjuk pada ibu anugerah yang abang dapat xpe sayang nanti kita buat trofi lain ye.
SO PROUD OF YOU SAYANG..




Kak dilla and Ali.  Ali dalam kelas 2B pun dapat 3 anugerah macam abang.   Syukur


Abang and ali..bestfriend.


Bangga tengok nama abang 



Anugerah abang yang aku tak sempat tengok tapi budak lain dah curi.  Tak tau lah sapa yang amik budak clas die ke budak dari kelas lain




Kak Fiza..anak k. fiza pun dapat anugerah aritu.