Salam...since farel dah sekolah darjah satu ni aku berkenalan dengan seorang kakak iaitu umi kepada salah seorang kawan farel kat sekolah. Aku panggil kakak ni kak Raja sahaja. Minggu ke tiga syawal yang lepas kitaorang dapat jemputan untuk ke open house (tapi buat kat ofis) sebab kak Raja ada ofis Travel and Tours kat area Selayang ni je jalan Ipoh Selayang. Alhamdulillah food semuanya superb dan sedap. Ayah farel makan sampai terduduk sambil menikmati kesedapan makanan yang disediakan oleh Kak Raja. Jemputan ke open house ni sebenarnya di kalangan jemaah umrah dan client yang pernah berurusan dengan ofis kak Raja ni. Aku walaupun baru berkenalan dengan kak Raja tapi aku dapat rasakan begitu rapat dengan Kak Raja ni sehinggakan kak Raja menceritakan pengalaman hidup yang telah dilalui nya selama ini. Apa yang terjadi dalam perkahwinannya yang terdahulu begitu mengejutkan aku. Aku menangis masa tu jugak masa kak Raja ncerita dengan aku kehidupan yang telah dilalui nya sebelum bertemu jodoh dengan suaminya yang sekarang ini. Benarlah , setiap umat manusia di dunia ini pasti akan diuji oleh Allah. Kita juga mesti percaya setiap ujian yang didatangkan itu pasti akan ada hikmah yang menanti.
![]() |
Kak Raja yang pakai baju n tudung grey tu. Sangat lembut orangnya. yang sebelah aku tu pulak namanya Ita selalu jugak terserempak masa nak amik anak masing-masing balik dari sekolah. |
No comments:
Post a Comment