Salam.. sempena dengan bulan Syawal ni banyak lah orang buat open house sana sini kan.. begitu jugaklah dengan sekolah abang Farel..sekolah agama buat pada sebelah petang. Pada hari sebelumnya sekolah rendah buat jamuan dulu tapi macam biasalah sebab guru kelas tu tak berapa nak mesra alam macam guru kelas sekolah agama, so xde la gambar jamuan raya abang kat sekolah rendah. Dalam surat tu mintak diaorang datang dengan berpakaian baju raya dan bawak menu untuk jamuan sekali. Aku bawa kan puding je untuk budak-budak 1 Maliki ni. Sebabnya ramai parent dah bawak macam-macam untuk budak - budak ni untuk jamuan ni nanti. Aku sebenarnya agak rapat dengan ibu Ali, salah seorang kawan Farel kat sekolah rendah dan sekolah agama jugak disebabkan kitaorang selalu terserempak masa nak tunggu anak masing-masing. Kebetulan birtdhday Ali jatuh pada raya aritu so die nak celebrate birthday dengan kawan-kawan kat sekolah agama. Ramai lagi la yang bawak mcam-macam untuk budak-budak tu makan nanti. Bila ditanya pada abang seronok tak jamuan raya ari ni tentulah jawapannya seronokkkkkkk sangat sebab dapat main air hujan..erkkk..
 |
Ni la antara kawan-kawang abang |
 |
Ade je menyelit |
 |
Bersama girls pulak |
 |
Bersama ustazah Nor Hafiza |
 |
Birthday cake ali |
No comments:
Post a Comment