My baby...

My baby...

Wednesday, 25 March 2015

Perihal balik kampung dan anak-anak buah


Salam..perkara yang paling best dibuat bila balik kampung bila dapat makan masakan mak dan makanan yang dah lama aku tak makan (makanan sarawak).  Sepanjang 8 hari aku kat kampung yang aku tahu aku makan, makan dan makan.  Aku tak masak langsung tak tolong apa langsung bila mak aku masak ataupun kakak ipar aku memasak.  Bila balik kampung mestilah berehat sepuas-puasnya daripada sebarang pekerjaan.  Memang aku akui bila kat rumah mak aku aku rasa tenang sangat tak stress tak sakit-sakit kepala macam yang selalu aku hadapi kat KL ni.  Mungkin sebab aku berehat dari sebarang rutin harian aku kat KL ni dan tak terkejar-kjar nak hantar dan jemput anak aku balik dari sekolah.  Makan pun ada orang yang sediakan.  Memang seronok sangat balik kampung ni..


Budak kecik ni sebenarnya dalam cubaan nak naik basikal neksu yang besar tu


Aktiviti petang bermain layang-layan di depan rumah Let.  Abang and adik seronok sangat 

Dua orang budak yang sangat comel..  Farel and Malique
Satu lagi gambar budak comel

Adik solat ye sayang
hehehe.bergaya dengan kereta ofis ngah

eeee..adik tak malu

Setiap hari ada je aktiviti walaupun kebosanan tak keluar rumah.  yelah kalau kat KL ni paling tidak mesti keluar walaupun ke kedai runcit.  Seronoknya kalau dapat ku unurkan masa seperitmana waktu kecik-kecik dulu walaupun tidak mewah dan seringkali susah tapi hati tetap happy je.  Bila balik kampung ni teringatlah kembali segala nostalgia yang pernah singgah dalam hidup aku dulu-dulu.

No comments:

Post a Comment