Salam...the day after sukan taska adik, sekolah abang pulak ada konsert akhir tahun. Tak sabar rasanya nak tengok macamane lah abang menari tarian yang selalu abang praktis kat rumah. Sebenarnya rasa sedih jugak sebab tahun ni tahun akhir abang bersekolah di SRK, BBS. Sebabnya next year abang dah masuk Tahun Satu. Insya ALLAH mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Banyak pencapaian yang abang dapat semasa bersekolah di SRK ni.. Aku tak nafikan semuanya adalah jasa baik teacher-teacher yang ada di situ yang mengajar Farel sampailah abang pandai membaca dan menulis. Namun pada pendapat akulah, kita sebagai ibubapa kenalah main peranan jugak. Bila balik sekolah (belah malam) kena lah ajar balik anak-anak apa yang telah teacher ajar arini.(Walaupun penat). Kena check balik apa yang telah dipelajari hari ini..Kita tidak boleh lepaskan tanggungjawab tersebut pada cikgu sahaja. Alhamdulillah anak ibu dah boleh baca buku Bahasa Inggeris pun sekarang ni.
 |
Abang dah boleh cari kerja dah lepas ni. |
 |
Ni waktu persembahan nasyid.. |
 |
Kiut je abang ni
Mudah-mudahan abang akan sentiasa berjaya dalam apa sahaja yang abang lakukan nanti sayang. Ibu doakan abang menjadi anak yang soleh, bijak, dan yang paling penting anak yang baik.
|
No comments:
Post a Comment