My baby...

My baby...

Thursday, 27 July 2017

Sukan sekolah Abang tahun 2017

Salam....sukan sekolah abang sebenarnya diadakan bulan Februari yang lepas tapi tahun 3 di pilih sebagai jemputan sukan sekolah 2017.  Abang terpilih untuk acara larian 4x80 m wakil dalam 10 orang dari setiap kelas tahun 3.  Adik pun ikut sekali memeriahkan dan beri sokongan dekat abang kesayangan adik ni huhu...



























 





Happy 4th Birthday sayang ibu

Salam...cepat je rasanye anak ibu membesar..pejam celik pejam pelik dah pun 4 tahun anak ibu.  Birthday adik 06 Mei 2013 tetapi aku decide nak buat awal sebab pada minggu hari lahir adik tu aku decide tak nak keluar ke mana mana sebab abang nak exam.  Kali ni aku decide nak check in kat Hotel Grand Season bawak anak-anak mandi n happy kan mereka.  Malam hari beli kek 2 slices and biar adik tiup lilin.  Suka sangat anak ibu dapat tiup lilin walaupun setiap kali beli kek secret recepi mesti nak ada lilin dan tiup..
Adik adalah anak ibu yang sangat sweet pandai sangat ambik hati ibu suka hug n kiss ibu.  Boleh kata kan adik ni sweet talker hehehe sebabnya suka bagitau 'adik sayangkan ibu..'Kalau adik nak tau ibu pun sangaaaaaaaaaaaat sayangkan adik dan juga abang..Hanya Allah yang Maha Tahu ..semoga anak-anak ibu membesar menjadi anak-anak yang soleh, bijak, baik , berjaya dunia dan akhirat...


















Monday, 24 July 2017

Raya 2017

Salam...sambutan raya aidilfitri kali ini aku n family balik ke Penang sebabnye kali ni turn Penang pulak.. InshaaAllah raya haji nanti aku balik Sarawak.  Balik raya selama seminggu ke Penang Hari-hari keluar beraya dan berjalan-jalan seingat aku cuma sehari je kitaorang duduk berehat di rumah dan selebihnya beraya n berjalan-jalan.  Sebenarnya tahun ni sedih sangat sebab bapak aku sakit yang tidak boleh bangun, minum n membuang air di katil sahaja..  Apakan daya itu semua sudah takdir yang bapak aku tempuhi sekarang. .

















Sayang anak-anak ibu



Main bunga api kat rumah je




Pantai Merdeka



My hensem boys


Sempat pergi ke Muzium Lembah Bujang.