My baby...

My baby...

Tuesday, 18 April 2017

Program KAMIL sekolah Al Furqan

Salam..abang telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Bercerita Kategori Lelaki dalam program KAMIL di sekolah agama Al Furqan.  Sepanjang bulan 2 dan 3 yang lepas abang ada latihan bersama ustazah zooraini.  Abang terpilih bersama seorang lagi pelajar pompuan .  AKu tau namanya Syifak je.  Tiba lah hari-hari yang dinantikan.  Pada awalnya aku tak nak bawak adik sebab adik tak boleh duduk diam dan cepat bosan kat satu-satu tempat.  Tak pasal-pasal aku dan ayah nye tak sempat nak tengok giliran abang nanti.  Bila fikir-fikir balik kesian pulak tinggal kat rumah je.  So aku decide bawak je la si adik sekali.  Alhamdulillah, walaupun asyik nak pergi beli air je kat bawah tu.



Giliran abang no. 5...


Sebaknye perasaan ibu tengok abang masa ni ..macam-macam perasaan yang hadir..sedih..happy..bangga.. 
 
Inilah Syifak.  Syifak dapat jadi juara and bertanding kat peringkat daerah pulak.  Abang tak dapat top 3 tapi ibu sangat-sangat berbangga dengan abang.  Abang dah buat sehabis baik cuma bukan rezeki abang je.  Tak pe sayang tak semua rezeki itu milik kita.. mungkin sekarang ia milik orang lain...


Sangat bangga dengan abang...



eh..eh.. ada jugak se kecik menyelit kat belakang




Inilah ustazah zooraini (belah kanan) yang melatih abang Farel

Sarawak Vs Selangor

Salam.. ada perlawanan bola di antara Selangor dan Sarawak kat Stadium Selayang hari Sabut 8hb Apr.  Aku beri pilihan kat abang samada nak tengok bola ataupun nak pergi Danau Kota beli jam .  So pilihannya adalah tengok bola.  Marilah kita tengok bola ye anak-anak.  Dalam pada membeli tiket tu (kitaorang beli tiket berbumbung), sempat jugak la anak-anak pau ibu beli baju bola pasukan Selangor.  Mentang-mentanglah korang lahir kat Selangor, nak pilih pasukan Selangor je walaupun ibu hasut untuk beli baju Sarawak sebab Sarawak adalah tempat lahir ibu.  Huhuhu takpelah anak-anak, beli lah janji anak-anak gumbira ibu pun tumpang gumbira.

Seronok nye la adik 


Huhu Peminat Pasukan Selangor.  Selangor menana 2-1 ..

Satu benda yang aku suka bila menonton bola kat stadium ni adalah pasukan penyokong yang bermain gendang dan lagu-lagu sorakan sesebuah negeri yang dinyanyikan sungguh menghiburkan



Friday, 7 April 2017

Balik Penang Cuti Sekolah Akhir 2016

Salam... lepas balik dari Sarawak sebab ziarah bapak aku...aku decide balik ke Penang walaupun untuk seketika sahaja.  Kali ni acu pun ikut sekali sebab nak berhoneymoon di Penang kata nya sebelum Honeymoon di Korea bulan 1 nanti.  Bila balik Penang ni aku sure tak tau nak pergi mana bawak anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah.  Yelah nama pun cuti sekolah mestilah nak kena berjalan-jalan setelah berhempas pulas belajar Final Exam aritu..Alhamdulillah dapat keputusan yang sangat cemerlang.


Adik buat ape tu??







Sempatlah jalan - jalan di Penang Art Street yang famous di Penang tuh.

Anak - anak Penyejuk Hati Penenang Jiwa

Salam.. aku rasa normal lah bagi seorang mak tiba-tiba mempunyai perasaan rindu sanggggat dekat anak-anak kat tempat kerja walaupun baru sekejap je hantar anak-anak ke sekolah or rumah babysitter.  Kadang-kadang rasa macam nak angkut je anak-anak kat ofis biar ada je depan mata  nak-nak si adik tu..bila teringat balik keletah si adik kat rumah aku jadi senyum sorang-sorang kat depan komputer ni ha...


Ada masa minat Ultraman ada masa minat main pistol..main pedang, Upin Ipin, BoBoiBoy dan bermacam-macam lagi












Budak ni sekarang banyak sangat makan.. berat pun dah mencecah 31 kg

Aktiviti Subjek English di Sekolah

Salam...blog aku ni memang aku buat khas untuk anak-anak aku mengetahui aktivit-aktivi mereka semasa kecil (zaman kanak-kanak lah).  Nanti bila abang dan adik dah faham aku akan tunjukkan blog ni pada anak-anak aku biar mereka tengok dan baca ke manakah aku dan ayah mereka bawak mereka jalan-jalan dan apakah aktiviti - aktiviti yang kami sekeluarga lakukan semasa mereka kanak-kanak.  Perkembangan dan pencapaian serta kejayaan yang mereka perolehi masa kat sekolah.  Hanya Allah je yang tau betapa aku sayangkan anak-anak aku..betapa aku sanggup berkorban apa saja untuk anak-anak..

Cikgu Aida nama cikgu BI masa abang dalam 2 Amanah.  Ada aktiviti bawak baju yang paling cantik yang ada dalam Wardrobe diaorng.  


Abang bawak sweater Superman dan Baju Transformers.  Kata abang kawan2 ramai yang pinjam sweater Transfomers abang








Balik Kampung Lagi

Salam..cuti sekolah pertengahan penggal 1 aritu aku decide untuk balik kampung aku di Sarawak.  Semenjak bapak aku sakit ni aku memang dah tak fikir dah pergi bercuti ke mana-mana sebabnya fokus aku hanyalah pada bapak aku yang sedang bertarung dengan sakitnya sekarang ni.  Teralu banyak yang nak diluahkan mengenai bapak aku tapi biarlah semuanya aku simpan dalam hati aku ni je.  Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahui SegalaNya.  Aku sentiasa doakan bapak aku akan sentiasa diberi kesembuhan oleh Mu Ya Allah.. Hilangkan lah segala kesakitan yang ditanggungnya ketika ini Ya Rahman Ya Rahim.. sesungguhnya hanya kepada Engkau Jualah aku berserah..

Hehe comel semuanya..kat pasir Sematan...









Sempat pergi Muzuim Sarawak










Celebrating Eshal 5th Birthday kat Secret Recipe



Before Watching Movie..Power Rangers