Salam.. sebelum cuti persekolah tahun lepas abang dicalonkan untuk jadi pengawas dispilin SK BBS 2. Syukur ..abang terpilih untuk jadi pengawas selepas menjalani peperiksaan untuk jadi pengawas. Walaupun abang sebenarnya tidak berapa minat nak jadi pengawas ni tapi aku bagitau abang itu adalah salah satu langkah untuk abang dikenali di sekolah oleh cikgu-cikgu. Walaupun keputusan akademik abang setakat ni sangat cemerlang (Syukur Alhamdulillah), tapi itu bukan bermakna dia dipilih berdasarkan keputusan akademik semata-mata sebabnya kawan abang yang bernama Ali tidak terpilih untuk jadi pengawas. Sebabnya keputusan ujian saringan pengawas die tidak lulus. Maknanya penting jugaklah ujian saringan ni untuk terpilih jadi pengawas ke tak. So far aku tengok abang dah seronok jadi pengawas yelah setakat dh bulan 2 ni aku tengok die enjoy dengan kerja-kerja pengawas die. Walaupun pada awalnya abang macam tak bersemangat je.
Hari pelantikan pengawas sekolah (pemberian sijil) telah pun diadakan masa perhimpunan sekolah. Kem pengawas untuk semua pengawas (Disiplin, Perpustakaan, ICT, Surau Rakan Sebaya, Sukan) (14hb Feb).
![]() |
Dapat sijil pelantikan Pengawas.. Congrats abang farel sayang.. |
Macam bosan je abang..
Tunggu Turn terima sijil kot..