My baby...

My baby...

Tuesday, 8 December 2015

Pelbagai rasa

Salam...pelbagai rasa yang aku rasai sekarang ini.  Rasa sedih rasa kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang negatif menghantui fikiran dan jiwa aku.  Apa yang aku paling takutkan jiwa aku terasa amat kosong..kosong..dan kosong.  Ada banyak benda yang bermain di minda aku sebenarnya.  Aku sedar dan aku tahu aku cuma perlu luahkan pada Yang Maha Satu.  Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pendengar.  Ya Allah mudah-mudahan rasa kecewa ini akan cepat-cepat berlalu pergi kerana aku tahu kehidupan manusia ini ada pasang dan juga surutnya.  Tidak selama-lamanya kita akan merasa gembira tidak selama-lama nya jugak kita akan terus berduka.  Apa yang aku harapkan agar aku lebih tabah dan saba dalam menghadapi rasa yang aku rasa sekarang ini.  Amin..

Inilah wajah pengubat duka
Abang yang hensem


Pipi Pau