My baby...

My baby...

Sunday, 22 February 2015

Sport' day abang at SK BBS2

Salam... sport day sekolah abang diadakan awal di minggu ke dua selepas sesi persekolah dimulakan.  Dapat surat jemputan pun last minit a day before tarikh sukan diadakan.  Aku n my husband took a day leave semata-mata nak attend sport day abang ni.  Apalagi adik pun on leave jugak hantar kat taska.  seronok la budak kecik tu..
Tak nampak plak abang ni
Sementara menunggu sukan dimulakan.  hari ni jugaklah wallet abang hilang huhu..

Budak comel yang sibuk nak sport jugak
Buat ape tu adik

Sekali lagi..


Salam...walaupun pelbagai ujian yang Allah turunkan kepada anak kecil  yang bernama Fareqq Muzayyan namun aku amat bersyukur kerana adik dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sihat walaupun tak putus-putus penyakit datang melawat adik hehehe..
Sekarang ni adik dapat disease kaki Tangan dan Mulut pulak (HFMD).  Keadaan kali ni agak teruk jika dibanding kan dengan kali pertama adik dijangkiti oleh disease ni.  Adik jugak tidak boleh menyusu dan makan paling-paling dalam 3 4 hari jugak tak menyusu hanya dapat bekalan air dari minuman air kotak je.  Apelah adik ni pandai ye memilih..tapi aku tetap jugak paksa adik minum susu pada hari ke lima adik dapat HFMD ni walaupun pada awalnya adik menolah dan menangis..

Budak comel yang dapat HFMD for the 2nd time..siannya

Paling banyak kat bahagian tangan dan kaki.. badan pulak clear je.. memang kesian sangat tengok keadaan adik masa ni.



Kat bahagian lutut pun banyak.. Dalam tempoh ni adik banyak aku pakaikan dengan baju kemeja panjang dan seluar panjang untuk menutup cela yang ada hahaha.

Risau jugak takut budak ni dapat jangkitan jugak tapi Alhamdulillah setakat ni line clear...



Walauapapun ujian yang Engkau datangkan ya Allah, Engkau berikanlah kami kekuatan dan kesabaran...

Sunday, 8 February 2015

Adik admitted lagi..


Salam...tarikh 27 Jan 2015 adik sekali lagi dimasukkan ke wad disebabkan oleh Jangktan Bronchitis.  Batuk yang berterusan dan nafas yang berbunyi. Mula-mula amik neb di klinik dahlia setiap 4 jam disebabkan kitaorang refuse untuk masukkan adik ke hospital memandangkan abang dah start bersekolah (darjah 1) so amatlah menyukarkan sekiranya adik dimasukkan ke wad.  Sedihnya sebab neb tu pun tak jalan pada adik so doctor sekali lagi menyarankan adik dimasukkan ke wad disebabkan paru-paru adik dah takde udara dah.
So malam tu kitaorang bertolak kira-kira jam 10 malam and adik masuk wad kira-kira jam 4.15 pagi..so sad..



Sian budak kecik ni sorang-sorang atas katil nak amik darah tapi still tak berjaya..


wajah budak comel di wad 8A katil 5

Sian adik comel

seronok ye

Meniarap la pulak


Sian ini budak...ginilah kalau ibu takde 

Last photo before discharge

Wednesday, 4 February 2015

Terengganu





Salam...Last december bawa anak-anak bercuti ke Terengganu.  Kitaorang menginap di Batu Burok Resort.  Disebabkan percutian ni jugak lah kitaorang x balik ke Sarawak .  But it's okay, my kids very happy n enjoying their vacations.

Monument Majid mane entah..lupe..hihihi

As usual.. untuk kenang-kenangan

Pantai Batu Burok.. ombak tinggi angin kencang..

Monumen dalam Kaabah
Peace...

Dalam Cafe..


Kereta Kuda...

Tuesday, 3 February 2015

Akhirnya abang dah darjah satu

Salam...tarikh 15hb Jan 2015 anak ibu dah pun memulakan tahun satu secara rasminya.  Rasa seronok dan sebak sebenarnya memandangkan ini pengalaman yang baru untuk ibu.  Abang pulak seperti biasa sangat exivited dan tak sabar untuk memulakan sesi persekolah yang baru.  Abang bersekolah di SK BBS 2 dan Sekolah agama di Sekolah Agama Al Furqan.  Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar untuk hari pertama persekolahan.

My very handsome boy
Syukur...setiap hari abang tak sabar-sabar nak pergi ke sekolah.  Bila ibu tanya tak sabar nak main dengan kawan-kawan ke.. taklah..kite seronok nak belajar juga..Alhamdulillah...semoga anak ibu menjadi anak yang baik, bijak dan berjaya dalam apa sahaja yang anak ibu lakukan....Amin...






Menikmati bekal 1st day at school


Ni mase orentasi sekolah 
Tengah bersiap kat sekolah plak
Abang dalam kelas

Masa perhimpunan 
Baju sukan