My baby...

My baby...

Tuesday, 8 December 2015

Pelbagai rasa

Salam...pelbagai rasa yang aku rasai sekarang ini.  Rasa sedih rasa kecewa dan macam-macam lagi perasaan yang negatif menghantui fikiran dan jiwa aku.  Apa yang aku paling takutkan jiwa aku terasa amat kosong..kosong..dan kosong.  Ada banyak benda yang bermain di minda aku sebenarnya.  Aku sedar dan aku tahu aku cuma perlu luahkan pada Yang Maha Satu.  Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pendengar.  Ya Allah mudah-mudahan rasa kecewa ini akan cepat-cepat berlalu pergi kerana aku tahu kehidupan manusia ini ada pasang dan juga surutnya.  Tidak selama-lamanya kita akan merasa gembira tidak selama-lama nya jugak kita akan terus berduka.  Apa yang aku harapkan agar aku lebih tabah dan saba dalam menghadapi rasa yang aku rasa sekarang ini.  Amin..

Inilah wajah pengubat duka
Abang yang hensem


Pipi Pau

Wednesday, 9 September 2015

Happy birth day to me

Salam..genaplah umur aku 37 tahun pada 24 Ogos yang lalu.  Alhamdulillah Allah beri lagi umur mendiami bumiNYA yang Indah ini.  Macam-macam pengalaman pahit manis yang aku lalu sepanjang umur aku di dunia ini.  Nikmat terbesar yang aku nikmati bagi aku ialah diberikan jodoh oleh NYA dan berpeluang memiliki anak yang aku kandung sendiri.  SyukurAlhamdulillah Ya Allah..  cerita pahit hidup aku biarlah aku simpan dan ingat sendiri.  Anak-anak adalah amanah yang harus jaga dan didik sebaik mungkin.  InsyaAllah aku sebagai seorang ibu sentiasa mendokan anak-anak berjaya dan bahagia selalu dalam setiap saat kehidupan mereka..

Terpenyek je adik hehe 






Baskin Robin cake 





Abang farel demam

Salam..rasanay dah agak lama abang farel tak demam dengan teruk.  Mula-mula aku ingatkan demam biasa saje sebab abang ni jenis yang demam pastu makan ubat dah ok (since die dah besr ni la).  Nampak nye kali ni kena gi klinik amik antibiotik plak.  Bila jumpa doktor kat klinik Dahlia doktor ayu pun bagi la antibiotik.  Alhamdulillah bila dah amik antibiotik hari ke dua abang ok dah sihat.  Kebetulan bila tanya ummi Ali , ALi pun demam jugak sebab ada tonsil. Aku bersyukur sebab masa abang demam ni sebenarnya tengah nak exam prestasi dua kat sekolah agama Al Furqan.  Alhamdulillah abang dapat no. dua di belakang Ali markahpun tidak jauh beza, itu yang dibagitau ustazah la.  Bila aku dapat buku rekod abang pun memang nampak la peningkatan markah jika dibandingkan dengan prestasi satu bulan tiga yang lepas.  

Hujung minggu tu pulak kitaorang pun gi la check in kat hotel quality je pun sebab dah janji dengan abang nak release tenson la kan lepas abis exam.  Bila masuk sekolah hari selasa tu abang mengadu sakit kepala.  Aku ingatkan sakit sekejap je bila dah sampai kelas nanti jumpa kawan-kawan hilang la sakit kepala tu.  tapi dalam jam 9 20 macam tu ayah farel call bagitah cikgu nurul call bagitau abang menangis mengadu sakit kepala.  Aku pun apa lagi pecut la ke sekolah bbs dua panik aku tak payah cakaplah memang takut betul aku sebenarnya.  Sampai-sampai je sekolah aku daftar kat pondok keselamatan dulu pastu terus je jumpa cikgu nurul kat kelas.  Tengok muka abang memang la tengah tak sihat sangat.  Bekal crab yang aku bagi abang pagi tadi aku suh abang passkan pada Emil sebab Emil yang mintak untuk aku bawakan crab (siap request bawak 20 pcs lag).  

Dalam kereta aku suh abang baring tapi tak lama lepas tu abang pun muntah dengan banyak nye muntah air je pun.  Jumpa doktor Laily la pulak.  Memandangkan abang dah amik antibiotik aritu so doktor Laily tak bagi la antibiotik lagi cuma doktor Laily suggest aku bawa abang check mata in case abang ada masalah penglihatan kena pakai spec la pulak.  Alhamdulillah bila buat check up mata ok je bacaan.  Aku risau sebenarnya sebab abang baru je completed antibiotik tapi macamne boleh demam balik kan? BIla dah macamni kena amik blood test la jawab nye.  ALhamdulillah jugak takde apa bacaan darah semuanya ok.  

Budak kena masuk ubat sub haha

Kena amik darah 

Ni check mata la pulak.. Nasib baik tak perlu pakai spec 



Jalan jalan beli pokok bunga

Salam..sekarangan ni tahap kerajinan nak menghias rumah dengan pokok bunga sebab syok nye la tengok rumah jiran aku (selang 3 buah rumah) dipenuhi dengan pokok bunga yang segar dan cantik.  Jadi hujung minggu tiba je, aku sekeluarga pun memulakan misi mencari pokok bungan di area sungai buloh.  Bukannye tak ade di selayang ni tapi saje je nak jalan-jalan cuci mata. Sebenarnya aku lagi suka dengan aktiviti macam ni jalan-jalan dengan kereta sambil menikmati pemandangan sekeliling.  Jalan-jalan untuk shopping bila aku betul-betul nak shoping barang-barang.  

Tengok lah budak comel tu

Bersantai dalam cuaca panas

Berehat pulak

Cubaan untuk menaiki pondok 







Baiknye abang ikat tali kasut adik 

Jalan Jalan Hujung Minggu

salam...disebabkan ayah farel dah berjanji akan membelikan hadiah untuk farel sebab dapat no dua (2) kat Sekolah agama, so kitaorang pun jalan-jalan kat OU untuk memenuhi misi membeli jam tangan lego impian farel sebab sebelum ni farel dh berkenan dengan jam ni tapi disebabkan dah beli toys lain so baiklah lupakan hasrat untuk membeli jam lego tu ye abang.  Harga jam tu RM106.00 kalau tak silap aku.  Sebenarnya aku kebosanan sebab macam dah takde aktiviti lain kitaorang nak buat, jalan-jalan kat shopping mall je..tapi bila mengenangkan anak-anak aku gagahi juga melangkah ke mall tu.  

Kawan adik ke tu

Seronoknye

Thomas n his friend



Adik mengejar bubble





Dah bosan la tu



Dapt dah jam lego baru

Berlagak ye bang

Thursday, 27 August 2015

Cuti kat KL je

Salam..memandangkan abang dah abis exam kat sekolah agama, so aku rasa eloklah kitaorang sekeluarga pergi berehat kat mana-mana yang terdekat bagi menghilangkan stress abang farel (konon) yang telah penat belajar setiap malam.  Alhamdulillah.. abang dapat kedudukan no. 2 dalam kelas naik satu nombor dari exam pertengahan yang lepas.  Peratus markah arkah pun meningkat jugak itu yang paling penting.  Aku bagitau abang kalau boleh dapat kan lah nombor satu Insya Allah. Kena gandakan lagi usaha ni ye abang.  
Sebenarnya tak plan pun nak check in kat hotel tapi disebabkan aku pun kebosanan asyik berjalan kat shopping mall je apa kata weekend ni kita larikan diri sekejap dari rutin kebiasaan.  Abang dan adik apa lagi semestinya bergumbira lebih-lebih lagi part mandi kolam.  Petang tu jugak terus je terjun ke dalam swimming pool dan berendam dengan sepuas-puasnya.

Beli goggle baru 

Budak tak sabar nak mandi

Peace

Adik dan ultraman berpisah tiada 

Yeay tak sabar nak mandi ni








Bercanda di tepian swimming pool.

Seronok sangat ye sayang.  Tengoklah siap ada ninja turtle lagi kat tepi swimming pool tu

Dah sejuk sangat dah ni
Ni masa nak check out

Budak senang hati

Pelbagai aksi budak yang senang hati sebab puas swimming pagi ni